Probolinggo-Pantai Pasir Putih-Ketapang-Denpasar:
1 November 1994 , jam 10.00 pagi kami meninggalkan Terminal Bas Probolinggo menuju ke
destinasi terakhir kami iaitu Bali.
Setelah 2 jam perjalanan, Bas ekspress (patas) yang kami naiki berhenti di sebuah restoran, tempat itu dikenali sebagai Pantai Pasir Putih, terletak dalam daerah Situbundo. Di sini kami menikmati makan tengahari yang dihidangkan secara buffet, yang sememangnya termasuk dalam harga tiket.
Selepas Situbundo, kami melalui satu kawasan yang dipenuhi oleh hutan dikenali sebagai Hutan Lindung Beluran, laluan ini terasa sepi, tidak ada rumah ataupun kedai, di kiri kanan kelihatan cuma pokok2 besar yang kering dan berwarna kekuningan kerana ketika ini adalah musim kemarau. Setelah 45 minit merentasi kawasan hutan lindungan ini, barulah kelihatan kawasan perkampungan hinggalah sampai di Pelabuhan Ketapang.
Dengan harga tiket yang murah cuma Rp 25,000 bukan sahaja setakat tambang bas tetapi juga termasuk lunch dan tambang feri bagi meneberangi Selat Bali dari Pelabuhan Ketapang di Pulau Jawa ke Pelabuhan Gilimanuk di Pulau Bali.
Feri yang menghubungkan pelabuhan Ketapang dengan pelabuhan Gilimanuk
Bila sampai di dalam feri, kami di arahkan keluar dari bas dan duduk di deck atas.
Dari jauh sayup2 kelihatan pelabuhan Gilimanuk berbalam2.
Meyeberang dengan feri cuma mengambil masa 30 minit sahaja. Apabila feri mula menghampiri Pelabuhan Gilimanuk, semua penumpang bas diminta masuk semula ke dalam bas untuk meneruskan perjalanan ke Terminal Bas Denpasar yang jaraknya 140km lagi. Perjalanan dari pelabuhan Gilimanuk ke Denpasar mengambil masa lebih kurang 2.5 jam, kami melalui route Negara - Tabanan. Sepanjang perjalanan kami telah dapat merasa suasana khas kebalian dari segi bentuk rumahnya , pura atau tempat meletakkan sesajian di hadapan rumah atau di persimpangan jalan. Dengan pemandangan yang indah tanpa terasa jemu, kami sampai di Terminal Bas Denpasar pada jam 5.30 petang waktu Jakarta atau 6.30 petang waktu Bali.
Seterusnya kami menaiki teksi (van) ke Pantai Kuta untuk mencari tempat penginapan, kami memilih Melasti Beach Bangalows and spa hotel dengan bayaran Rp79,000.
Di bahagian luar bilik terdapat ruang santai.
Hotel ini comel, cantik dan cosy. Ruang bilik tidur besar dan sebelum masuk ke bilik tidur ada pula ruang tamu atau ruang rehat. Satu hal yang saya kurang selesa dengan hotel ini ialah terdapat banyak topeng yang menakutkan menjadi hiasan dinding bilik tidur. Sebelum tidur saya turunkan semua topeng2 tersebut dan simpan dalam almari, barulah saya rasa aman.
2 Nov 1994 bersarapan di restoran hotel. Hari ini banyak kedai tutup kerana penduduk tempatan yang beragama Hindu menyambut Perayaan Hari Raya Gulingan dan Kuningan.
Kami berani makan roti bakar dan telor rebus sahaja
Hari ini merupakan upacara sajean Seorang gadis Bali sedang menjalankan upacara sajean di hadapan sebuah pura di Pantai Kuta.
Kami menyewa sebuah van (kereta sewa) untuk melawat Tanah Lot dan Nusa Dua dengan bayaran Rp 35,000. Ketika melancong ke Bali tidak lengkap sekiranya tidak ke Tanah Lot. Tanah Lot terletak di Desa Beraban , Kecamatan Kediri, Kabupaten Tabanan. Dari Kuta, Tanah Lot terletak di barat laut dan mengambil masa cuma 30 minit dengan menaiki kereta. Tanah bermaksud daratan, manakala lot bermaksud laut, jadi tanah lot bermaksud daratan di tengah laut. Keunikan tempat ini kerana terdapat pura yang terletak di atas bukit batu, berhampiran dengan pinggiran laut.
Para pelancong dikenakan bayaran untuk melihat pura Tanah Lot
Pemandangan Pura Tanah Lot dari jauh
Pemandangan Pura Tanah Lot. Pelancong dilarang masuk ke dalam pura kecuali membawa sajean atau berpakaian seperti mereka.

Makan Tengahari di Rumah Makan Sari Bundo Indah yang terletak di Jalan Sunset Road Ruko Sunset Indah no 12 , 80361 Bali Indnesia.
Di hadapan Hotel Grand Hyatt, Nusa Dua Bali
Bermain ombak pantai Kuta
Bersantai di tepian kolam mandi
Keadaan pantai yang bersih, aman, tenang terletak di belakang hotel Melasti
Pura Tanah Lot Bali:
Kami menyewa sebuah van (kereta sewa) untuk melawat Tanah Lot dan Nusa Dua dengan bayaran Rp 35,000. Ketika melancong ke Bali tidak lengkap sekiranya tidak ke Tanah Lot. Tanah Lot terletak di Desa Beraban , Kecamatan Kediri, Kabupaten Tabanan. Dari Kuta, Tanah Lot terletak di barat laut dan mengambil masa cuma 30 minit dengan menaiki kereta. Tanah bermaksud daratan, manakala lot bermaksud laut, jadi tanah lot bermaksud daratan di tengah laut. Keunikan tempat ini kerana terdapat pura yang terletak di atas bukit batu, berhampiran dengan pinggiran laut.
Para pelancong dikenakan bayaran untuk melihat pura Tanah Lot
Pemandangan Pura Tanah Lot dari jauh
Pemandangan Pura Tanah Lot. Pelancong dilarang masuk ke dalam pura kecuali membawa sajean atau berpakaian seperti mereka.
Hari ini adalah hari Galungan dan Kuningan di Bali

Makan Tengahari di Rumah Makan Sari Bundo Indah yang terletak di Jalan Sunset Road Ruko Sunset Indah no 12 , 80361 Bali Indnesia.
Kawasan Wisata Nusa Dua:
Selesai makan, kami teruskan perjalanan ke Nusa Dua iaitu kawasan wisata elit dan ekslusif di Bali, terletak lebih kurang 8km daripada airport, iaitu di pantai paling selatan di Pulau Bali. Nusa Dua asalnya sebuah kawasan tandus yang telah dibangunkan sebagai tempat pelancong dan dipenuhi dengan pelbagai hotel mewah. Kami sempat mengunjungi sebuah hotel yang terkenal iaitu Grand Hyatt.
Gadis Bali Penyambut Tetamu di Hotel Grand Hyatt, Nusa Dua Bali.
Di hadapan Hotel Grand Hyatt, Nusa Dua Bali
Pantai Kuta di waktu petang:
Kuta adalah pantai peranginan di Bali yang terkenal semenjak tahun 70'an , terletak di selatan Denpasar, terkenal sebagai pantai menyaksikan matahari terbenam. Di Kuta terdapat banyak kedai, restoran, kelab, hotel , tempat perkelahan, mandi manda dan ombaknya amat sesuai sebagai tempat surfing.
Pantai Kuta begitu hampir dengan hotel tempat kami menginap, dari hotel boleh kedengaran dengan jelas bunyi ombak, dengan berjalan kaki beberapa meter, pantai Kuta yang cantik dan bersih sudah terbentang luas di mata kami. Bangun tidur, di pagi hari saya sudah berada di pantai, ketika itu keadaan di pantai agak sunyi cuma kelihatan pemuda2 tempatan bermain bola dan riadah di pantai. Pada sebelah petang kami ke pantai lagi untuk melihat matahari terbenam, ketika ini keadaan pantai begitu meriah dengan pelancong2 yang datang untuk melihat matahari terbenam.

Pemandangan Pantai Kuta di waktu petang. Ramai pelancong bersiar2 sambil menikmati keindahan pantai ketika matahari hampir terbenam
Bermain ombak pantai Kuta
Kami meninggalkan pantai setelah matahari terbenam.
Selamat tinggal pantai Kuta !
Pada waktu malam kami meronda2 melihat kedai2 dan hotel2 yang terdapat di sekitar Kuta.
3 Nov 1994 adalah hari terakhir kami di Bali, sebelum check out, kami sempat melihat kedai2 yang telah dibuka sekitar Kuta. Kebanyakan kedai menjual barangan handicraft yang diperbuat daripada kayu, banyak juga kedai yang menjual lukisan.
di hadapan airport Ngurah Rai, Bali
Ngurah Rai, Nali
inflight from Bali to KL