26 Okt 1994 saya, suami dan Penyelia KEMAS dari Soekarno Hatta Int Airport ke Yokyakarta dengan pesawat Garuda. Sampai sahaja di Adisutjipto Airport, Yokyakarta, kami disambut oleh Pemimpin AMM (Angkatan Muda Mesjid dan Musholla) dan bermalam di asrama AMM Kota Gede, rombongan KEMAS mengikuti kursus IQRA' di sini. Semasa di sini saya menginap di asrama wanita, awal pagi bangun untuk mengikuti kuliah subuh dan solat subuh.
Kompleks Wisata Borobodur:
27 Okt 1994 kami melawat candi Borobodur dengan dipandu oleh dua orang ahli keluarga AMM. Van disediakan, kami isi minyak dan beri saguhati sebanyak Rp 15,000 seorang.
Tiket masuk candi Borobodur Rp1,000 seorang dan Rp 500 untuk bawa masuk kamera.
Selepas melawat candi sehingga ke tingkat paling atas, kami berehat di sebuah pentas untuk melepaskan penat yang teramat sangat, maklumlah candi Borobodur ini terlalu besar, bertingkat2, semua bahan binaan candi daripada batu, candi ini pula terdedah 100% , cuaca pula terlalu panas. Sambil berehat2 kami sempat melihat di satu sudut kompleks Borobodur di penuhi oleh timbunan batu2 berukir serpihan daripada candi yang dalam proses untuk dikenalpasti lokasi asalnya untuk dipasang semula.
Setelah berehat, kami ke tempat pameran dan museum, tiket masuk museum ialah Rp 300 seorang, di sini pengunjung dilarang mengambil foto tapi saya sempat curi2 snap. Museum ini merupakan ruang pameran bermacam2 bentuk dan saiz "lingam".
Seterusnya kami ke sebuah restoran yang terletak dalam kompleks wisata Borobodur, kelihatan deretan penjual sedang mempamerkan barangan jualan mereka yang berupa barangan cenderamata.
Candi Mendut:
Dalam perjalanan pulang dari candi Borobodur kami singgah sebentar di candi Mendut. Berhampiran candi terdapat gerai menjual cenderamata, kami beli satu set angklung yang diperbuat daripada buluh dengan harga Rp 10,000.
Taman Sari:
Seterusnya kami dibawa melawat Taman Sari. Taman Sari ialah tempat permandian Sultan Haemangkubwono. Untuk masuk ke kawasan Taman Sari ini, kami perlu melalui pintu gerbang yang diperbuat daripada batu dan penuh ukiran lambang2 Hindu.
Fauzi yang mengiringi kami sempat menceritakan tentang Taman Sari mempunyai dua kolam mandi, iaitu kolam mandi yang dikhaskan untuk gundik2 sultan mandi. Kolam mandi gundik ini terpisah dari kolam mandi sultan oleh sebuah menara tiga tingkat, tingkat 1 merupakan tempat pengawal, tingkat 2 adalah tempat peraduan dan persiapan sultan dan tingkat 3 adalah tempat sultan duduk memerhatikan gundek2nya mandi, seterusnya memilih seorang gundik yang berkenan dihatinya pada ketika itu dengan cara membaling bunga dari tempat duduknya di tingkat 3. Seterusnya gundik tersebut dikehendaki mandi bersama sultan di kolam mandi sultan dan seterusnya ke bilik peraduan di Tingkat 2.
Dari penceritaan tersebut saya boleh bayangkan tentang kemeriahan dan keindahan Taman Sari ketika itu, tetapi sekarang Taman Sari ini dalam keadaan terbiar, kolamnya kering, bahagian dinding kolam diconteng . Kami sempat membeli dua helai kain batek painting disebuah toko batek di situ.
Pantai Parangtritis:
Selepas melawat Taman Sari kami dibawa oleh Fauzi ke pantai perkelahan Parangtritis yang terkenal dengan pasirnya yang berwarna hitam. Ia terletak kira2 27km selatan Yokyakarta, menghadap lautan Hindi yang berombak besar dan airnya dingin. Keadaan sekitaran menuju pantai tidak menarik, dipenuhi oleh kedai2, gerai2, tempat letak kenderaan. Kelihatan tidak tersusun, kotor, sampah sarap bertaburan dan berbau busuk. Di pantai terdapat perkhidmatan menunggang kereta kuda yang menimbulkan kesan bau busuk najis kuda. Namun begitu pantai ini tetap menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Di samping lagenda ' Kajeng Ratu Kidul' ( the queen of the south sea), Parangtritis juga terkenal sebagai tempat menyaksikan keindahan matahari terbenam.Kami sempat menyaksikan dan merakamkannya sebagai kenangan.
Ayodya Hotel:
Pulang sahaja ke asrama AMM, kami terus berkemas untuk berpindah ke Ayodya Hotel.
Museum Kraton:
28 okt 1994 Bangun tidur terus berenang di kolam mandi, seronok tinggal di hotel ini, bersih, cantik dan cosy. Seterusnya kami bersiap2 untuk ke restoran hotel untuk menikmati sarapan. Lawatan kami hari ini diteruskan ke Keraton dan Candi Prambanan. Kami menggunakan perkhidmatan kenderaan yang disediakan oleh hotel Ayodya dengan bayaran Rp30,000 sahaja.
Keraton ini sebahagiannya telah dijadikan museum dan dibuka kepada awam, namun sebahagian daripada keraton ini masih menjadi tempat kdiaman rasmi Sultan Haemangkubuwono ke 10, kawasan ini menjadi kawasan larangan kepada orang awam dan pelancong.
balairong tempat mengadap sultan dan tempat diadakan upacara rasmi keagamaan.
balairong yang dibina dalam tahun 1853 yang dapat dikenali menerusi simbol .......(1, naga (8), lintah (5) dan lidah (3).
Kami juga sempat menyaksikan perarakan dayang2 ke tempat menyediakan teh, yang cara buatannya secara tradisional menggunakan dapur kayu arang. Dayang keraton sengaja dipilih dalam kalangan wanita yang sudah lanjut usia dan tanpa gigi.
Seterusnya kami sempat menyaksikan perarakan para dayang membawa teh yang sudah siap untuk dipersembahkan kepada sultan sebagai minuman pagi (morning break). Masa penyediaan teh ini adalah pada jam 11.00pagi.
Kami juga sempat melawat pejabat pentadbiran kewangan dan harta keraton. Cara kerja, pakaian dan pralatan yang digunakan masih mengekalkan ciri2 tradisi jawa kuno.
Museum keraton mempamerkan gambar2, barangan/artifak peribadi, kehidupan dan cenderamata yang diterima oleh sultan Haemangkubuwono ke 9 dan 10.
Kami sempat bergambar dengan penjaga museum yang dipanggil 'romo' atau bapa yang digaji oleh pihak keraton.
Candi Prambanan:
Dari keraton, kami terus ke candi hindu Prambanan, di sini terdapat teatre Ramayana yang mana persembahan teatre Ramayana diadakan setiap bulan terang. Kami dapat menyaksikan runtuhan candi yang belum dapat dibaikpulih/ dipulihara kerana melibatkan kos yang tinggi.
Kami check out daripada hotel Ayodya pada pukul 2.00ptg, terus ke terminal 'travel' untuk ke Solo, Surakarta.
Kompleks Wisata Borobodur:
27 Okt 1994 kami melawat candi Borobodur dengan dipandu oleh dua orang ahli keluarga AMM. Van disediakan, kami isi minyak dan beri saguhati sebanyak Rp 15,000 seorang.
Pemandangan Candi Borobodur dari jauh

Gerbang masuk ke pintu keraton
Di kiri dan kanan pintu gerbang keraton terdapat dua patung Hindu. Ini menunjukkan pengaruh hindu begitu terserlah.
Balai tempat pembacaan kitab jawa kuno
Keraton ini sebahagiannya telah dijadikan museum dan dibuka kepada awam, namun sebahagian daripada keraton ini masih menjadi tempat kdiaman rasmi Sultan Haemangkubuwono ke 10, kawasan ini menjadi kawasan larangan kepada orang awam dan pelancong.
Di hadapan kawasan keraton yang menjadi tempat kediaman rasmi sultan
balai pameran peralatan perkahwinan diraja
balairong tempat mengadap sultan dan tempat diadakan upacara rasmi keagamaan.
balairong yang dibina dalam tahun 1853 yang dapat dikenali menerusi simbol .......(1, naga (8), lintah (5) dan lidah (3).
Kami juga sempat menyaksikan perarakan dayang2 ke tempat menyediakan teh, yang cara buatannya secara tradisional menggunakan dapur kayu arang. Dayang keraton sengaja dipilih dalam kalangan wanita yang sudah lanjut usia dan tanpa gigi.
Seterusnya kami sempat menyaksikan perarakan para dayang membawa teh yang sudah siap untuk dipersembahkan kepada sultan sebagai minuman pagi (morning break). Masa penyediaan teh ini adalah pada jam 11.00pagi.
Kami juga sempat melawat pejabat pentadbiran kewangan dan harta keraton. Cara kerja, pakaian dan pralatan yang digunakan masih mengekalkan ciri2 tradisi jawa kuno.
Museum keraton mempamerkan gambar2, barangan/artifak peribadi, kehidupan dan cenderamata yang diterima oleh sultan Haemangkubuwono ke 9 dan 10.
Candi Prambanan:
Dari keraton, kami terus ke candi hindu Prambanan, di sini terdapat teatre Ramayana yang mana persembahan teatre Ramayana diadakan setiap bulan terang. Kami dapat menyaksikan runtuhan candi yang belum dapat dibaikpulih/ dipulihara kerana melibatkan kos yang tinggi.
Kami check out daripada hotel Ayodya pada pukul 2.00ptg, terus ke terminal 'travel' untuk ke Solo, Surakarta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan