Isnin, 3 Jun 2013

Jakarta-Bogor-Puncak

Pada 24 Oktober 1994 saya dan suami bersama-sama peserta KEMAS berangkat ke Jakarta dengan penerbangan MAS. Pada malam ketibaan, kami diraikan dan bermalam di Asrama Haji Pondok Gede, Kelurahan Pinang Ranti, Kecamatan Makasar, Jakarta Timur.




 Keesokannya seawal pukul 7.00pagi kami ke Hilton Convention Centre menghadiri Majlis Perasmian MTQ Santri dan Festival Anak2 Sekolah Indonesia II yang dirasmikan oleh Ibu Hajah Siti Fatimah Tien, isteri Presiden Suharto.  Sebelum majlis perasmian bermula, kami dapat menyaksikan betapa kecoh, kelam kabut dan tidak keteraturan pengurusan dan pengendalian majlis. Pada pukul 10.30 barulah Ibu Tien sampai dan kami semua diminta bangun memberi hormat. Di dalam dewan kami diberi layanan VIP, malah kehadiran kami dimaklumkan kepada hadirin. Kami dapat menyaksikan persembahan sketsa penyanyi terkenal Indonesia Andi Meriem Matalatta bersama-sama kanak-kanak TKA dan TPA. Persembahan mereka memang menarik. Namun persembahan yang paling mengkagumkan ialah deklemasi sajak oleh seorang kanak-kanak berumur 12 tahun, kanak-kanak ini mampu menjadikan penonton mengeluarkan air mata.





 
Setelah majlis perasmian tamat, kami balik semula ke Asrama Haji Pondok Gede untuk makan tengahari yang telah disediakan. Penglibatan suami saya dalam program rasmi setakat itu sahaja, tetapi Penyelia2 KEMAS meneruskan beberapa program rasmi yang lain yang telah disusun. Saya dan suami seterusnya ke Bogor dan Puncak atas urusan peribadi. Pak Andi, staf Asrama Haji urus dapatkan teksi. Dengan menaiki teksi meter ke Bogor lebih kurang 41km dari Jakarta, nama pemandu teksi tersebut ialah Sutanyono, jalan yang dilalui untuk ke Bogor ialah jalan tol Jagorawi, bayaran tol Rp4,000 dan bayaran teksi Rp 23,000.


Bersama Pak Sutanyono, pemandu teksi


Di Kebun Raya Bogor
 

Di Kebun Raya Bogor
 
Kami sampai di Bogor pada jam 4.30 ptg, singgah sebentar di Kebun Raya dan Istana Presiden. Kelihatan beribu2 ekor rusa di dalamnya tapi kami tidak boleh masuk kerana kawalan keselamatan sempena kedatangan Clinton (Presiden Amerika) yang menghadiri Mesyuarat APEC.

Waktu hampir gelap, kami berhasrat menaiki teksi ke Puncak. Pemandu teksi di sini memang mencekek darah, mereka kenakan Rp 50,000 untuk ke Puncak. Bila kami keberatan, mereka turunkan kepada Rp 45,000. Kami mula naik angin, hampir2 give up untuk ke Puncak, akhirnya diturunkan lagi ke Rp30,000. Sebelum ke Puncak, kami minta Pak Lessey (pemandu teksi) bawa kami  ke Money Changer sebab kehabisan Rupiah tetapi ketika itu jam 5.30 petang semua money changer telah tutup. Kami teruskan perjalanan ke Puncak. Pak Lessy menyatakan dia sanggup menjemput kami besok, berjalan2 ke Puncak dan seterusnya hantar kami terus ke airport, semuanya termasuk perjalanan hari ini berjumlah Rp70,000. Kami bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh Pak Lessy itu.

 
Di Puncak Bogor yang dingin ini, kami menginap di Hotel Pardedes Mountain View dengan sewaan Rp 68,000 semalam. Tempatnya sunyi, aman dan ada privacy.
 
Setelah menikmati makan malam di hotel restaurant, kami berehat2 dan terus terlelap keletihan.

 

26 Okt 1994. bangun pagi, bersiap2 dan terus menikmati sarapan di varandah bilik tidur kami mengadap perkebunan teh yang menghijau. Selepas sarapan kami bercadang untuk berenang di kolam renang hotel tetapi malangnya belum selesai dibersihkan, maka kami bersiar2 sahaja di persekitaran & taman hotel sambil menikmati keindahan pemandangan yang berbukit bukau dan bergunung ganang.

 
 



 Seterusnya kami berjalan kaki ke pekan Cisarua yang jauhnya 4km dari hotel penginapan kami untuk menukar duit rupiah, walaupun agak jauh tetapi tidak terasa letih kerana cuaca dingin dan segar. Malangnya bank yang terdapat di situ tidak menerima travellers cheque atau RM  yang kami bawa, namun kami rasa lega apabila Toko Fokus mahu menerima RM ditukarkan kepada rupiah.


 Mesjid Cisarua
 
Pada pukul 10.00 pagi Lessey, pemandu teksi sampai dan bawa kami bersiar-siar di Puncak dan berhenti minum di Restoran Rindu Alam.
 

Di hadapan Resto Rindu Alam
 
 

 
 Pemandangan Kebun Teh di Gunung Mas Tea Plantation
 
 


Pekerja2 sedang asyik memetik daun teh, kami pun sama2 menyebok dan berposing!

 
 
Rupa2nya bergambar dengan pemetik daun teh bukannya percuma, mereka mahukan 'persen' tapi kami tidak layan dan terus beredar dari situ walaupun kami dengar suara mereka terjerit2 'persennya pak! persennya pak!'
 
 

Mercu tanda Gunung Mas, iaitu tempat perusahaan membuat serbuk teh yang terkenal di Puncak

 
 
Suami saya bergambar bersama Pak Lessey, pemandu teksi, orang Ambon beragama keristian.
 
 

Sampai di Soekarno Hatta International Airport Jakarta untuk meneruskan perjalanan kami ke Yokjakarta.
 
 

Di Soekarno Hatta International Airport Jakarta
 
 
 
Bergambar kenangan dengan Penyelia KEMAS yang mengikuti program melawat sambil belajar di Jakarta dan Yokjakarta.


 

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan