Jam 10.30 malam kami sampai di Terminal Bangor Asih, Surabaya. Menaiki teksi meter menuju hotel Tanjong dengan bayaran Rp6,500. Kami tidak seronok menginap di hotel Tanjong yang keadaannya terlalu basic, tidak sepadan dengan bayaran Rp 85,000 (RM105) semalam.
Keesokannya 30 Okt 1994 setelah sarapan di hotel, kami bersiar2 di kota madya Surabaya, kota kedua besar di Indonesia. Jam 10.00 pagi kami check out dan menaiki teksi ke Pandaan untuk hantar kiriman orang. Jarak Surabaya ke Pandaan adalah 45km dan bayaran teksi sebanyak Rp30,000. Di Pandaan kami bertemu Ibu Sophia yang menguruskan Toko Famili. Ibu Anisah yang ingin kami temui adalah kakak kepada ibu Sophia. Kami bermalam di rumah ibu Anisah di sebuah desa di Pandaan. Kebanyakan penduduk di kampung ini adalah saudara mara Ibu Anisah, kami keletihan dibawa oleh Ibu Anisah berkunjung dari sebuah rumah kesebuah rumah, makanan dan minuman dihidangkan disetiap rumah yang kami kunjungi, kebanyakan makanan mereka tidak menepati kehendak selera saya tetapi terpaksa berpura2 suka agar tuan rumah tidak berkecil hati. Penduduk di sini ke surau setiap kali masuk waktu solat, surau lelaki dan perempuan di tempat yang berasingan. Selepas solat maghrib di surau, kami dibawa oleh ibu Anisah ke Tretes, iaitu bukit peranginan yang berhawa dingin terletak lebih kurang 10km dari Pandaan. Kawasan ini merupakan highland resort, terdapat banyak cottage, villa dan hotel peranginan. Kami berehat2 sebentar di Tretes View Hotel, iaitu hotel bintang 3 yang cantik dan cosy. Seterusnya kami ke hotel Surya, hotel bintang lima kepunyaan Tauke Rokok Kretek Gudang Garam.
31 Okt 1994, jam 7.00pagi, bertolak ke Pasuruan dengan menumpang van Mas Budi, anak saudara Ibu Anisah yang bertugas sebagai Pegawai Pengembangan Pertanian. Kami berhenti sebentar di toko Ibu Sophia dan bergambar kenangan dengan Pak Huzir, suami Ibu Sophia, Ibu Sophia, Budisusilo dan isterinya. Kami sempat melihat keadaan kota kecil Pandaan pada waktu pagi, kelihatan banyak Dokar iaitu kereta kuda dua roda merupakan pengangkutan utama di Pandaan.
Kami sampai di Terminal bas Pasuruan pada jam 8.45 pagi. Seterusnya kami naik Bas Ekonomi dengan tambang Rp400 seorang ke Terminal Bas Probolinggo, sampai pada jam 9.50 pagi. Kemudian kami menaiki van (angkutan utama ke Bromo dengan bayaran Rp2,500 seorang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan