Rabu, 12 Jun 2013

Solo Kota Surakarta

28 Okt 1994 petang,  perjalanan dari Yokyakarta menuju Solo, menaiki van yang dikenali sebagai 'travel' . Sawah padi yang luas terbentang merupakan pemandangan  utama sepanjang perjalanan. Tiba2 teringatkan lagu Bengawan Solo, sebuah lagu Indonesia yang sangat terkenal:

Bengawan Solo, Riwayatmu ini
sedari dulu jadi perhatian insani

Musim kemarau tak seberapa airmu
Di musim hujan air meluap sampai jauh

Mata airmu dari Solo, terkurung gunung seribu
Air mengalir sampai jaun, akhirnya kelaut

Itu perahu riwayatmu dulu
Kaum pedagang selalu naik itu perahu


 Sungai Bengawan Solo merupakan sungai yang terpanjang di Pulau Jawa, bermula dari Solo menyusuri Jawa Tengah sehingga Jawa Timur Lirik lagu ini melambangkan kehebatan sungai Bengawan Solo pada masa dulu, tetapi kini sungai ini tidak begitu signifikan dalam kehidupan masyarakat pulau Jawa, malah keadaannya amat tercemar.

Perjalanan dari Yokyakarta ke Solo mengambil masa selama 2.30 jam, sampai di Solo pada pukul 6.00 petang, terus check in di Hotel Cakra. Hotel ini terletak di tengah2 kota Solo, bersebelahan dengan Toko Batek Danar Hadi yang terkenal. Hotel

 
 

Cakra ini cantik, memperlihatkan ciri2 aristokrat bersesuaian pula Solo sebagai kota Kraton, bayarannya juga berpatutan iaitu Rp 96,920 bersamaan RM120 semalam.


 
Bilik kami di tingkat 1, di ruang luar bilik tidur kami terdapat ruang legar yang dihias dengan jambangan bunga, diruangan ini juga disediakan sofa untuk berehat2.



Ruang bilik tidur luas, terdapat ruang rehat, perabot kayu yang kaya dengan ukiran.
Begitu selesa menginap di hotel ini, terdapat banyak restoran yang berhampiran. Kami menikmati makan malam kami di restoran padang yang berhampiran, kemudian meronda2 di kawasan berhampiran tetapi terganggu disebabkan hujan lebat, kami terus bergegas balik ke hotel.

Keesokan harinya 29 Okt 1994, bangun tidur terus ke kolam renang, seronok berenang di sini, kolamnya luas, airnya bersih, sekitarnya menarik, tambahan lagi keadaannya aman kerana tidak ramai 'guest' di situ.



 Kolam ini ada musik, kami berenang sambil mendengar muzik. Selepas satu jam berenang, kami menikmati sarapan pagi di kolam renang yang dihidangkan oleh pihak hotel, iaitu hidangan toast dan nasi soto.

 




Setelah sarapan dan bersiap2, kami berehat sebentar di lobby hotel.
 
 





 kemudian kami menaiki beca untuk ke Kraton. Kota Solo pada waktu pagi tidaklah terlalu sibuk.



 

Kota ini dipenuhi beca, sebab itulah di kiri dan kanan jalan utama disediakan laluan khas untuk beca dan basikal.



Beca kami berhenti betul2 di hadapan kraton. Bayaran masuk ke Kraton Kasunanan dan museum Surakarta Rp600 seorang dan Rp1,000 untuk bawa masuk kamera.




Objek yang pertama kelihatan di hadapan kraton ialah patong pahlawan.

 


Di dalam museum dipamerkan papan salasilah PakoeBoewono hingga sekarang (Pakoe Boewono ke 12.


Seterusnya dipamerkan gambar2 sultan dan kaum kerabatnya.




 Dipamerkan juga kereta kuda sultan dan isterinya, kereta usungan putera mahkota dan banyak lagi gambar2 dan barangan kepunyaan sultan yang dipamerkan.










 

Seterusnya kami bersiar2 di taman kraton. Larangan yang diamalkan di sini ialah para pengunjung tidak dibenarkan memakai slipper atau sandal, mereka diminta menanggalkan dan berkaki ayam.

 


Seterusnya kami berehat di balai rong seri. Di situ terdapat gambar Pakoe Boewono 12 diletakkan di hadapan Balai Rong Seri dan diasapkan dengan kemenyan setiap pagi.



Setelah puas di Kraton dan moseum, kami ke pekan Klewer untuk membeli kain batek 4 helai dengan harga RM36,000 rupiah, kemudian ke kedai kasut Balet, beli sepasang kasut kulit Rp 28,000.


Balik semula ke hotel untuk urusan check out pada jam 2.00ptg.


Seterusnya kami menaiki teksi ke terminal bas, jam 3.00 ptg menaiki bis patas (PO Mandala) dari Solo menuju ke Surabaya.





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan