Ahad, 16 Jun 2013

Bali - Pulau Mistik

 
 

Probolinggo-Pantai Pasir Putih-Ketapang-Denpasar:

1 November 1994 , jam 10.00 pagi kami meninggalkan Terminal Bas Probolinggo menuju ke
destinasi terakhir kami iaitu Bali.




Setelah 2 jam perjalanan, Bas ekspress (patas) yang kami naiki berhenti di sebuah restoran, tempat itu dikenali sebagai Pantai Pasir Putih, terletak dalam daerah Situbundo. Di sini kami menikmati makan tengahari yang dihidangkan secara buffet, yang sememangnya termasuk dalam harga tiket.


Selepas Situbundo, kami melalui satu kawasan yang dipenuhi oleh hutan dikenali sebagai Hutan Lindung Beluran, laluan ini terasa sepi, tidak ada rumah ataupun kedai, di kiri kanan kelihatan cuma pokok2 besar yang kering dan berwarna kekuningan kerana ketika ini adalah musim kemarau. Setelah 45 minit merentasi  kawasan hutan lindungan ini, barulah kelihatan kawasan perkampungan hinggalah sampai di Pelabuhan Ketapang.











 
Dengan harga tiket yang murah cuma Rp 25,000 bukan sahaja setakat tambang bas tetapi juga termasuk lunch dan tambang feri bagi meneberangi Selat Bali dari Pelabuhan Ketapang di Pulau Jawa ke Pelabuhan Gilimanuk di Pulau Bali.


 
 
 Pada jam 1.50 kami sampai di Pelabuhan Ketapang dan pada jam 2.00 bas yang kami naiki mula masuk ke dalam perut feri.
 
 
 
Feri yang menghubungkan pelabuhan Ketapang dengan pelabuhan Gilimanuk




Bila sampai di dalam feri, kami di arahkan keluar dari bas dan duduk di deck atas.


 
Dari jauh sayup2 kelihatan pelabuhan Gilimanuk berbalam2.
 
 
 
 
Meyeberang dengan feri cuma mengambil masa 30 minit sahaja. Apabila feri mula menghampiri Pelabuhan Gilimanuk, semua penumpang bas diminta masuk semula ke dalam bas untuk meneruskan perjalanan ke Terminal Bas Denpasar yang jaraknya 140km lagi. Perjalanan dari pelabuhan Gilimanuk ke Denpasar mengambil masa lebih kurang 2.5 jam, kami melalui route Negara - Tabanan.  Sepanjang perjalanan kami telah dapat merasa suasana khas kebalian dari segi bentuk rumahnya , pura atau tempat meletakkan sesajian di hadapan rumah atau di persimpangan jalan. Dengan pemandangan yang indah tanpa terasa jemu, kami sampai di Terminal Bas Denpasar pada jam 5.30 petang waktu Jakarta atau 6.30 petang waktu Bali.
 
 
 
Seterusnya kami menaiki teksi (van)  ke Pantai Kuta untuk mencari tempat penginapan, kami memilih Melasti Beach Bangalows  and spa hotel dengan bayaran Rp79,000.
 
 
 
 
 
Di bahagian luar bilik terdapat ruang santai.
 
 
 








 

 
Hotel ini comel, cantik dan cosy. Ruang bilik tidur besar dan sebelum masuk ke bilik tidur ada pula ruang tamu atau ruang rehat. Satu hal yang saya kurang selesa dengan hotel ini ialah terdapat banyak topeng yang menakutkan menjadi hiasan dinding bilik tidur. Sebelum tidur saya turunkan semua topeng2 tersebut dan simpan dalam almari, barulah saya rasa aman.
 
 




 
2 Nov 1994 bersarapan di restoran hotel. Hari ini banyak kedai tutup kerana penduduk tempatan yang beragama Hindu menyambut Perayaan Hari Raya Gulingan dan Kuningan.





 

Kami berani makan roti bakar dan telor rebus sahaja
 
 

Hari ini merupakan upacara sajean Seorang gadis Bali sedang menjalankan upacara sajean di hadapan sebuah pura di Pantai Kuta.





Bersantai di tepian kolam mandi
 
 
 
 
Keadaan pantai yang bersih, aman, tenang terletak di belakang hotel Melasti
 





 
Pura Tanah Lot Bali:

Kami menyewa sebuah van (kereta sewa) untuk melawat Tanah Lot dan Nusa Dua dengan bayaran Rp 35,000. Ketika melancong ke Bali tidak lengkap sekiranya tidak ke Tanah Lot. Tanah Lot terletak di Desa Beraban , Kecamatan Kediri, Kabupaten Tabanan. Dari Kuta, Tanah Lot terletak di barat laut dan mengambil masa cuma 30 minit dengan menaiki kereta. Tanah bermaksud daratan, manakala lot bermaksud laut, jadi tanah lot bermaksud daratan di tengah laut. Keunikan tempat ini kerana terdapat pura yang terletak di atas bukit batu, berhampiran dengan pinggiran laut. 
 
 
 




 
 
 

Para pelancong dikenakan bayaran untuk melihat  pura Tanah Lot



Pemandangan Pura Tanah Lot dari jauh


Pemandangan Pura Tanah Lot. Pelancong dilarang masuk ke dalam pura kecuali membawa sajean atau berpakaian seperti mereka.

 
 
Hari ini adalah hari Galungan dan Kuningan di Bali
 
 
 
















 




 
 







Makan Tengahari di Rumah Makan Sari Bundo Indah yang terletak di Jalan Sunset Road Ruko Sunset Indah no 12 , 80361 Bali Indnesia.
 
 
 
 
Kawasan Wisata Nusa Dua:
 
 
Selesai makan, kami teruskan perjalanan ke Nusa Dua iaitu kawasan wisata elit dan ekslusif di Bali, terletak lebih kurang 8km daripada airport, iaitu di pantai paling selatan di Pulau Bali. Nusa Dua asalnya sebuah kawasan tandus yang telah dibangunkan sebagai tempat pelancong dan dipenuhi dengan pelbagai hotel mewah. Kami sempat mengunjungi sebuah hotel yang terkenal iaitu Grand Hyatt.
 
 





 

 
Gadis Bali Penyambut Tetamu di Hotel Grand Hyatt, Nusa Dua Bali.




Di hadapan Hotel Grand Hyatt, Nusa Dua Bali

 
Pantai Kuta di waktu petang:


Kuta adalah pantai peranginan di Bali yang terkenal semenjak tahun 70'an , terletak di selatan Denpasar, terkenal sebagai pantai menyaksikan matahari terbenam. Di Kuta terdapat banyak kedai, restoran, kelab, hotel , tempat perkelahan, mandi manda dan ombaknya amat sesuai sebagai tempat surfing.


Pantai Kuta begitu hampir dengan hotel tempat kami menginap, dari hotel boleh kedengaran dengan jelas bunyi ombak, dengan berjalan kaki beberapa meter, pantai Kuta yang cantik dan bersih sudah terbentang luas di mata kami. Bangun tidur, di pagi hari saya sudah berada di pantai, ketika itu keadaan di pantai agak sunyi cuma kelihatan pemuda2 tempatan bermain bola dan riadah di pantai. Pada sebelah petang kami ke pantai lagi untuk melihat matahari terbenam, ketika ini keadaan pantai begitu meriah dengan pelancong2 yang datang untuk melihat matahari terbenam.

 
Pemandangan Pantai Kuta di waktu petang. Ramai pelancong bersiar2 sambil menikmati keindahan pantai ketika matahari hampir terbenam
 






Bermain ombak pantai Kuta

 
Kami meninggalkan pantai setelah matahari terbenam.
Selamat tinggal pantai Kuta !
 
 
 
Pada waktu malam kami meronda2 melihat kedai2 dan hotel2 yang terdapat di sekitar Kuta.
 
 
 
3 Nov 1994 adalah hari terakhir kami di Bali, sebelum check out, kami sempat melihat kedai2 yang telah dibuka sekitar Kuta. Kebanyakan kedai menjual barangan handicraft yang diperbuat daripada kayu, banyak juga kedai yang menjual lukisan.
 
 
di hadapan airport Ngurah Rai, Bali
 
 
Ngurah Rai, Nali
 
 
inflight from Bali to KL




Jumaat, 14 Jun 2013

Gunung Bromo

31 Okt 1994, Perjalanan dari Terminal Bas Bayuangga, Probolinggo mendaki pergunungan Bromo dengan menaiki Angkotan (van) mengambil masa 2 jam, kalau dari segi jaraknya lebih kurang 56km sahaja.



Dalam perjalanan kami melalui kawasan pertanian jagung dan sayur2an, tapi sekarang musim kemarau, pohon2 kelihatan kekuningan.


Semakin tinggi kami mendaki semakin dingin udaranya. Hotel Bromo Permai yang kami tujui terletak dalam kawasan Taman Nasional Bromo-Tengger-Semeru. Untuk memasuki Taman Negara ini kami dikenakan bayaran Rp 2,100 seorang.


Hotel Bromo Permai 1:

Kami sampai di Hotel Bromo Permai  jam 11.45 pagi. Setelah urusan check in, kami makan tengahari di restoran hotel, kami order toast kerana itulah satu2nya makanan yang kami yakin halal.  Hotel Bromo Permai 1 merupakan sebuah hotel bertaraf sederhana tetapi berada dilokasi yang amat strategik kerana pemandangannya  mengadap kawah Bromo. Kamar kami merupakan sebuah chalet kecil tetapi bersih, kelengkapan bilik terlalu basic, namun mempunyai shower air panas. Hotel ini memadai untuk penginapan yang singkat semata2 untuk mengunjungi Bromo.



Setelah berehat sebentar di bilik, kami keluar bersiar2 sambil menikmati pemandangan alam Bromo yang sungguh menakjubkan. Kami menemui dua deret kedai yang menjual cenderamata, barang2 runcit dan pakaian panas. Disebabkan kesejukan saya beli topi, sarung kaki, kain selimut (kain tenun yang menjadi pakaian utama kaum asli Tengger), kami juga beli t-shirt dan post card.
  
 
 
Gunung Bromo:
Bromo memang terkenal di dunia, kerap dikunjungi oleh pelancong2 barat, ianya sebahagian daripada Taman Negara Bromo-Tengger-Semeru. Gunung berapi yang masih aktif ini berada diketinggian  2392 meter dari aras laut dan dikelilingi lautan pasir seluas 10 kilometer persegi. Gunung Bromo mempunyai kawah yang besar dan dalam, keluasanya ialah 600 meter timur ke barat dan 800 meter utara - selatan. Gunung Bromo terletak di provinsi Jawa Timur dan berada di empat wilayah pemerintahan iaitu Kabupaten Probolinggo, Malang, Lumajang dan Pasuruan. Gunung Bromo dihuni oleh kaum Tengger yang beragama Hindu, kononnya mereka berasal dari kerajaan Majapahit yang mengasingkan diri. Setiap bulan oktober sewaktu bulan terang mengambang iaitu pada hari ke 14 dan 15 , mereka mengadakan upacara kosodo bermula dari tengah malam sehingga dinihari.

Setelah bersiap2 pada jam 3.45 ptg kami memulakan perjalanan ke kawah gunung berapi Bromo. Kami membawa sebotol air mineral sebagai bekalan . Dari hotel Bromo Permai kelihatan begitu jelas gunung Bromo, dan nampak begitu hampir  tetapi sebenarnya  agak jauh juga lebih kurang 3km. Untuk ke kawah Bromo, kami perlu merentasi lautan pasir yang mengelilingi puncak Bromo dan puncak Batok. Panjang garis pusat lautan pasir ini lebih kurang 8km. Mengharungi lautan pasir ini bukannya mudah, perlukan ketabahan dan keazaman serta keberanian. Pergerakan kami agak lambat kerana kaki kami asyik terperosok ke dalam pasir. Akhirnya kami sampai juga di kaki puncak Bromo, di situ terdapat kerja2 membina sebuah pura, untuk sampai ke Puncak, kami perlu menaiki 250 mata tangga.


I
 
 
 
 
 
 
nilah topi dan sarung kaki yang saya beli di kedai cenderamata tadi. Ketika ini kami masih berada di persekitaran hotel Bromo Permai.


Ketika ini kami sedang mengharungi lautan pasir, penat, berehat sebentar.
 
 
 
Kami menaiki tangga, lebih kurang 250 mata tangga untuk sampai ke bibir kawah Bromo
 




 Pada jam 4.45 ptg kami sampai di puncak Bromo kelihatan begitu jelas kawah gunung berapi, suasana ketika itu begitu sunyi dan hening kerana para pelancong telah balik ke hotel, yang kelihatan cuma tiga orang tempatan kaum Tengger yang sedang mencari duit di lereng dalam kawah, iaitu duit yang dibaling oleh para pelancong.

 


Dari bibir kawah, sayup mata memandang ke dalam kawah yang sebahagiannya berasap, sebahagian lagi mengeluarkan belerang yang berwarna kuning dan sebahagiannya mengeluarkan api yang bersemarak. Bau belerang mesusuk ke hidung, angin bertiup kencang, udara semakin dingin, debu pasir terbang berputaran ditiub angin.



Hari semakin gelap , cahaya api merah  di dalam kawah semakin bersemarak serta mengeluarkan bunyi yang menggerunkan bila ditiup angin kencang. Setiap kali merenung lubang kawah yang dalam itu, hati menjadi kecut bercampur gerun.



Menurut orang Tengger di situ, ada orang turun hingga ke dasar kawah. Memang betul kerana terdapat bermacam tulisan di permukaan dasar kawah. Untuk turun ke dasar kawah mengambil masa selama 1 jam.  Pernah seorang pelancong Jerman terjatuh di lereng kawah tapi dapat diselamatkan.





Di sebelah kanan Gunung Bromo adalah  Gunung Batok ( Batok adalah bahasa jawa bermaksud tempurung) yang mempunyai bentuk seperti tempurung.



Jam menunjukkan pukul 5.30 ptg, senja hampir tiba, kami berehat2 sebentar untuk menyaksikan matahari terbenam. Menurut orang Tengger Gunung Bromo mempunyai penunggu, setiap tahun diadakan majlis melantik bomoh bagi mengawal keamanan kawasan ini, upacara ini akan diadakah pada 20 Nov 1994.




Entah kenapa tiba2 rasa takut menghantui fikiran dan perasaan, kami langsung menuruni tangga untuk meninggalkan gunung Bromo secepat mungkin.




Sekali lagi kami mengharungi lautan pasir untuk pulang ke hotel. Dalam perjalanan aku menyanyi bagi menghilangkan rasa takut. Keadaan sekeliling gelap tetapi jalan yang kami lalui kelihatan terang seolah2 ada cahaya yang menyuluh dari arah belakang. Aku menoleh kebelakang beberapa kali tapi yang kelihatan cuma Gunung Bromo dan Gunung Batok yang tersergam.


Akhirnya kami sampai di penghujung lautan pasir, kami perlu mendaki bukit lebih kurang setengah km untuk sampai ke hotel. Aku sempat menoleh ke arah Bromo, tiba2 ternampak sebiji bebola api terbang menjunam masuk ke dalam kawah Bromo, tiba2 saja aku rasa seram! Menurut pekerja hotel bebola api itu adalah penunggu Gunung Batok masuk ke Gunung Bromo. Perkara seperti ini kerap dialami oleh pelancong2 di waktu senja.




Sampai di kawasan hotel, penat kami tidak dapat diceritakan dengan kata2. Terlepok sekejap di hadapan restoran hotel. 
 
 
Walaupun letih masih boleh posing lagi

 Sampai sahaja di chalet, minuman teh telah dihidangkan oleh pihak hotel, kami minum sambil merehatkan diri, lepas mandi kami terus terlelap. Jam 9.00 malam kami terjaga, rasa lapar dan terus ke restoran hotel untuk makan malam. Kami tidur awal kerana esok jam 4.00 pagi kami akan ke Gunung Pananjakan untuk menyaksikan matahari terbit.

Keindahan matahari terbit di Gunung Pananjakan:

Kami  bangun tepat pada waktunya dan bersiap2 untuk ke Gunung Pananjakan melihat matahari terbit.


Macam orang mamai! sedang enak tidur dikejutkan.





 
Kami terus ke restoran hotel , di situ telah ramai pelancong barat menunggu. Hawa dingin amat terasa menusuk2 hingga ke tulang sehingga menggeletar seluruh badan, aku menutup seluruh tubuhku dengan kain selimut yang baru dibeli petang tadi, kelihatan aku juga seperti orang Tengger.


Jeep yang telah kami tempah untuk ke Gunung Pananjakkan dengan bayaran Rp 40,000 telah sedia menunggu. Pemandu jeep adalah orang Tengger, iaitu penduduk asli tempat ini dan mereka adalah penganut agama Hindu. 



Perjalanan ke Gunung Pananjakkan mengambil masa selama 20 minit. Apabila sampai di kaki gunung, kami memanjat tangga yang berjumlah 192 mata tangga.





Kini kami telah berada di check point untuk melihat matahari terbit, kesejukkan semakin menusuk2, bayang matahari belum lagi kelihatan, pemandu kami menyatakan bahawa pada jam 5.10 baru boleh nampak matahari, katanya lagi kawasan ini diliputi salji setebal 5mm dalam bulan Jun, Julai dan Ogos.




 
Akhirnya saat2 yang dinantikan tiba apabila matahari tampil sedikit demi sedikit, bunyi bising para pelancong tadi tidak kedengaran lagi, suasana begitu sepi, yang kedengaran cuma bunyi klik2 kamera.



Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto seberapa banyak yang boleh. Keseluruhan alam Bromo ketika itu bertukar wajah dari gelap kelam bertukar warna keemasan.




Seiras Kajol atau Tengger!


Kajol & Shah Rukh Khan




Subhanallah, cantiknya!
 

Matahari hampir memperlihatkan keseluruhan wajahnya
 
 
Warna keemasan semakin berkurangan


Para pelancung mula beredar meninggalkan Pananjakan view point,
 



Awan ibarat selendang sutera nipis menyelimuti puncak Bromo dan Semeru



Selamat tinggal Gunung Pananjakan!

Jam 6.00 pagi, kami sampai semula di hotel untuk sarapan pagi, check out pada pukul 7.00pagi, dengan menaiki angkotan kami turun meninggalkan Bromo menuju Terminal Bas Probolinggo untuk  ke Bali. Angkotan kami berhenti lebih kurang 10 minit di toko berhampiran, tidak jauh daripada Hotel Bromo Permai, menanti sekiranya ada lagi penumpang untuk turun ke Proboinggo.











 
Di luar kelihatan orang Tengger sedang mencari pelancong yang ingin menyewa kuda untuk ke kawah Bromo, kelihatan juga dua orang pelancong barat menaiki kuda yang ditarik oleh orang Tengger menuju ke kawah Bromo.


Wanita Tengger sedang berbuat sesuatu di ruang hadapan rumahnya



Perjalanan turun membosankan kerana Angkotan berhenti dibanyak tempat sehingga mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke Terminal Bas Probolinggo. Nasib kami baik, sampai sahaja di Terminal Bas, sebuah bas eksekutif  ke Denpasar telah sedia menunggu, cuma ada 2 kerusi yang masih kosong, memang betul2 rezeki kami.  Setelah membeli tiket dengan bayaran Rp25,000 seorang kami berkejar2 menaiki bas dan bas terus meluncur menuju destinasi.